Isnin, 28 November 2011

INGIN SEKALI AKU MENGIKUT CARA TIDURNYA...

Aisyah r.a meriwayatkan :
“setiap kali hendak tidur pada malam hari, RASULULLAH S.A.W selalu menyatukan kedua telapak tangan baginda seraya membaca surah al-ikhlas, surah al-falaq, dan surah an-nas..kemudian baginda meniup kedua telapak tangan baginda. Setelah itu, dengan kedua telapak tangan itu, baginda mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai daripada kepala, wajah, lalu bahagian depan tubuh baginda. Hal itu baginda lakukan tiga kali”.

Abu Qatabah meriwayatkan :
“ jika RASULULLAH S.A.W hendak tidur  di malam hari, baginda berbaring menghadap ke kanan. Jika baginda hendak tidur seketika sebelum subuh, baginda menegakkan lengan dan meletakkan kepala baginda diatas telapak tangan baginda..


Bara ‘ meriwayatkan :


Ketika hendak tidur, RASULULLAH S.A.W selalu meletakkan tangan kanan dibawah pipi kanan baginda seraya berdoa “ ya TUHANKU, lindungilah aku dari azabMU pada hari ENGKAU membangkitkan hamba2MU..( dari kubur ) 


jom sahabat n kawan2..tunggu apa lagi !!!! hidupkan sunnah dalam kehidupan kita...kerana...kita yg terindah :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan