Rabu, 30 Mac 2011

DAGING UNTUK ULAR BUTA..

Pada suatu hari, seorang cendiakawan terkenal yang bernama Malik bin Dinar sedang menyediakan makanan didapur rumahnya.Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging diatas meja.Malik mengekori kucing itu senyap2..

" Ke mana dia hendak bawa daging itu ?" bisik bati Malik.

   kucing terus berlari membawa daging di mulutnya.Malik tetap mengekorinya.Dia melihat kucing itu pergi ke suatu tempat. Disitu terdapat lubang dicelah batu-batu.Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya...

   Tiba2 Malik melihat seekor ular keluar dari lubang itu lalu mengambil daging itu dan memakannya..kucing itu hanya memehati sahaja..Malik mengamati ular itu dan didapati mata ular itu buta....rupa2nya kucing itu membawa daging untuk ular buta yg lapar...

ALLAHUAKBAR...haiwan pun ada belas kasihan diantara 1 sama lain.....inikan manusia..RENUNG2KANLAH..





Rabu, 23 Mac 2011

PENGUBATAN ANEH...


Seseorang bertanya kepada seorang hamba yang soleh. “ aku ingin mengadu padamu tentang penyakit terjauh dari ALLAH. Apakah ubatnya?” orang soleh tersebut berkata : “ Wahai anakku , kamu harus menyediakan dahan2 keikhlasan, daun2 kesabaran , dan perasaan tawadhuk. “ Kemudian letakkan semua itu didalam periuk takwa..lalu tuangkanlah kedalamnya air takut  ( kepada ALLAH)



Setelah itu, nyalakanlah api kesedihan , lalu saringlah dengan penyaring muraqabah ( sikap hati2 dari seorang hamba akan keabadian ALLAH dalam melihat perbuatan makhlukNYA ) kemudian tampunglah dengan tapak tangan keyakinan. Setelah itu, minumlah dengan gelas istighfar ( mohon ampun kepada ALLAH dari segala dosa dan noda ) dan berkumur2lah dengan warak ( sifat menjauh dari segala maksiat dan syubhatJauhkanlah dirimu dari tamak dan haloba  , maka engkau akan sembuh dari penyakitmu dengan izin ALLAH....”
  

Khamis, 17 Mac 2011

MALAM KEINTIMAN DAN PERISTIWA BESAR..




Subhanallah..sebuah malam keintiman diantara seorang hamba dengn Tuhannya.
 peristiwa besar yang berlaku waktu malam selain daripada tahajud

nuzulul Al- Quran ( peristiawa turunnya kitab suci Al - Quran )
Lailatul Qadar   (malam seribu kemuliaan )
Israk Mikraj ( perjalanan  Nabi Muhammad dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa..menembusi Sidratul  Muntaha dan membawa pulang tuntutan untuk solat lima kali sehari semalam )
hijrah dari Mekah ke Madinah

semua peristiwa besar yang mengubah perjalanan hidup manusia ini berlaku pada malam hari, hingga kita perlu yakin malam adalah makhluk ALLAH yang istimewa. Malam bukan hanya kumpulan waktu atau bergeraknya alam..tetapi ketika berlangsungnya malam,diciptakannya waktu sunyi menjadi hidup. Daripada peristiwa2 malam ini juga , alam turut berputar dalam gerakan zikir membesarkan nama2 ALLAH..

  Malam dijadikan bagi menerima estetika yang luhur, Ingat ALLAH bersumpah dengan makhluknya yang bernama malam ini..malah ada nma surah dalam Quran  yang merujuk kepada erti malam iaitu Surah al-Lail, surah ke 92.Dalam ayat pertamanya, ALLAH bersumpah dengan malam yg bergerak menjadi gelap. Begitulah istimewa dan eksotiknya malam ini

* bacaan Al-Quran  dan aktiviti memahami dan merenung kehidupan juga lebih berkesan ( baca surah al- Israk ayat 78 )

Kisah bisikan Rasulullah S.A.W kpda isterinya bagi bersolat tahajud,menunjukkan dgan jelas kebersamaan dan kemesraan suami isteri menemukan estetikanya apabila dilakukan pada malam hari..
Salah satu ciri solat Rasulullah S.A.W adalah solat dengan membaca surah2 yg pnjg , yg mana tdak dpt diikut oleh Aisyah. Isteri termuda Rasulullah S.A.W ini selalu ditemui tertidur semasa baginda sedang solat.Disini kita dapat melihat sifat penyayang Rasulullah S.A.W. Beliau tidak menasihati ataupun  menegur Aisyah kerana tertidur,sebaliknya baginda membiarkan isterinya terus tidur semasa solat.Malah ada pemandangan yg lebih indah lagi iaitu selepas selesai solat semasa Rasulullah S.A.W membaca doa, baginda meletakkan kepala isterinya ke atas kedua belah pahanya.Akhirnya puteri Abu Bakar ini tertidur diatas pangkuan suaminya. Dia hanya terbangun apabila air mata agung menitis perlahan2ke  mukanya..

  Subhanallah..begitulah romantiknya pasangan suami isteri ini. Sekiranya warga Muslim dinegara ini mahu berjaga malam dan mengikut amalan Rasulullah S.A.W  dengan mengamalkan amaln soleh , penceraian dan pertengkaran yang seringkali mengganggu bahtera rumah tangga tentu tidak terjadi.
Bagaimana mungkin seorng suami menjatuhkan talak sedangkan isterinya khusyuk menjadi makmum dibelakangnya..

    Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu? selepas memerhatikan aktiviti yg memberikan maqaman mahmuda,bangun dan hidupkanlah malam kita dengan beramal soleh.Dengan izin ALLAH,kita akan mendapat kedudukan yg mulia.



P : selamat beramal dan memerlukan mujahadah yang kuat untuk berdating dengan ILAHI..untuk diri ana serta sahabat2 ^_^



Selasa, 15 Mac 2011

DIMANAKAH CANTIKNYA WANITA

DIMANAKAH CANTIKNYA WANITA...sejuta..malah berjuta2 kali ganda perkataan pun masih blum ckup untuk menceritakan tentang keindahan wanita...kitalah wanita itu..panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH kerana mnjadikan kita wanita dan diberikan keindahan itu..namun tiba masanya segalanya akan pergi jua..LA TAHZAN..1 sahaja yg x akan dimamah usia , sifat kewanitaan yg dipupuk dengan iman + ibadah...anda ingin lebih cantik...???


* jadilah Ghadhul Bashar ( menundukkan pandangan ) sebagai  " hiasan mata " untuk lebih bening dan jernih
* oleskan " lipstik kejujuran " pada bibir anda untuk lebih manis...
* gunakaan " blusher malu " yang dibuat dari salon iman
* pakailah sabun " istighfar " yang boleh hilangkan dosa2
* hiasi tangan anda dengan " gelang tawadhuk " dan jari2 anda dengan " cincin ukhuwah "
* pakailah kalung yang dibuat dari " kalungan kesucian "
* bedakkan wajah anda dengan " bedak wudhuk " insyaALLAH..kita akan cantik dimata ALLAH...
   
 " SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA WANITA PERINDU SYURGA "











Isnin, 14 Mac 2011

HANYA ITU PINTAKU YANG SATU

Di ruang makan tu aku mengelap pinggan.. laju tangan yang mengelap hampir sama laju dengan fikiran ana yang entah terbang ke mana.. kenapa?kenapa?dan kenapa?Pelbagai soalan yang timbul.. kenapa mesti orang menilai segalanya dengan  duniawi??

Teringat perbualan dengan sepupu ana lewat pagi tadi..
Aku kan ina, nak cari yang pandai main gitar…
Nanti dia boleh mainkan gitar untuk aku tiap2 hari…
Pastu kalu leh biarlah die tu suare best,,
Leh nyanyi2 kat aku…
Aku lagi suke kalu die romantik..
leh karang puisi khas untuk aku..
Kalu aku sedih die leh epikan aku dnegan puisi die..
Kalu aku busan aku leh dengar die nyanyi..
Lagi best kalu die tu hensem dan kaye..
Wa,, sonoknye dapat pakwe mcm tu !!

Katanya kegembiraan sambil memeluk ku..Aku termangu sebentar.. Aku cuba mengawal reaksi muka dan laku..Moga moga tidak mengguris hatinya..
Aku tidak menyalahi pandangan dan cita rasanya.. aku remaja dan dia juga remaja.. kami mempunyai emosi dan perasaan yang sama.. Cuma mungkin agak berbeza dari sudut kefahaman kami sendiri.. dan aku yakin ini adalah amanah pada ana untuk dekati mereka2 yang terdekat dengan aku ini untuk membawa mereka kembali pada fikrah yang sebenarnye…
**** Aku tidak mencari pakwe dan tidak akan pernah berniat begitu… Aku tidak perlu bercinta sebelum nikah semata mata untuk menilai dan mengenal hati budi dia.. cukup sekadar aku dan dia benar2 menumpukan cinta kepada yang Satu..  dan Aku yakin sepenuh hati, pasti dan pasti DIA Yang Satu akan mempertemukan kita ..
Aku tidak mencari yang pandai menyanyi.. cukup sahaja jika dia betul tajwid dan lancar  bacaan al qurannya.. itu sudah melapangkan hati ini.. apatah lagi jika dia mampu menghafaz beberapa surah Allah.. MasyaAllah sesungguhnya inilah hadiah yang tersangat berharga bagi ku..kerana dia lah insan yang akan memimpinku dalam setiap laku ku termasuklah menjadi imamku di setiap solat ku…
Tidak perlu juga dia seorang yang bersuara merdu.. asalkan bacaan al qurannya di baca dengan penuh penghayatan dan takwa.. sudah pasti akan terkesan juga di hati ini…dan asalkan tiap bicaranye membawaku kepada sejuta penyesalan dn keinsafan.. dimana kata katanya begitu sarat dengan butiran hikmah dan nasihat buat diri ku yang kealpaan…dengan itu aku sudah benar2 bersyukur Ya Rahman.. kerana setiap butiran kata2nya membawaku lebih dekat padaMU…
Dan tidak lah satu keperluan untuk ku jika dia berpuitis orangnya.. tidak perlu dia bermadah madah dengan ku.. cukup sahaja dia bermadah kepada dambaan cinta  kami yang Satu.. iaitu engkau Ya Allah.. cukuplah jika diri nya merayu kepada Mu..meyusun kata2 keinsafan dan memohon pertolongan dariMu.. pasti diri ini akan terpujuk juga dengan untaian kata kata penuh pengharapan dan penuh dengan roh kehambaan kepadaMU…
Aku juga tidak mencari yang kaya raya,, kerna duniawi bukan tujuan aku dan dia.. Maka seharusnya tidak perlu menghantar hantaran berdulang dulang serta mahar tinggi yang akan membuat hatiku buta dalam menilai erti sebenar kita ’ditemukan’ atas dasar agama dan keimanan kepadaNYA.. seharusnya duniawi bukan kayu ukurnya.. kerana aku memandang yang lebih bernilai dari diri mu.. ketakwaanmu kepada cinta kita Yang Satu..
Dan  aku tidak mengharapkan dia seorang yang akan memanjakan aku dengan pelbagai kesenangan.. aku ingin diri ini,jasad ini malah segala kudrat ini terus di sumbang ke jalanNYA.. jangan kau biarkan aku bersenang lenang dalam kelapangan waktu yang bakal merosakkan diri ku.. aku ingin kau lah yang akan menghentikan lena duniawiku dengan kesyahduan munajat berqiamullail kepadaNYA..
Aku ingin kau tegas dalam membentuk diri ku menjadi sayap kiri perjuanganMU..  Malah mengingatkan diri ini untuk tidak menjadikan kau sebagai hak milik ku… malah, kau hanyalah sekadar pinjaman kepadaku..kerna ku tahu..dan benar benar tahu sesungguhnya kau milik DIA.. yang pasti akan menemuiNYA.. dan aku mahu diriku ini gembira menghantar kau ke medan perang malah berbesar hati sekiranya zuriat juga mampu aku hantar untuk syahid di medan perjuangan..
Sesungguhnya aku tak  memerlukan apa2.. kecuali seorang insan yang pada peribadinya dan tingkah lakunya sendiri sudah cukup membuatkan aku sentiasa dekat denganNYA…

Cukup dengan gerak laku nya membuat aku ingin lebih dekat dgn MU…
Cukup dengan bacaan alqurannya mampu melembutkan hatiku yang keras ini tehadapMu .
Cukup dengan tata bicaranya yang membuatkan ku lebih mencintaiMU Ya Allah..
Cukup dengan air muka nya yang tenang mampu membuat diri ini damai dalam agamaMU..

Cukup sekadar itu…
Cukupkah sekadar itu??
Tidak cukup… kerana aku juga tidak seperti dia yang aku gambarkan di atas,,, Diri ini terlalu jauh dari apa yang aku harapkan dari dia.. teringat akan firman dariNYA..
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Aku mengharapkan dia adalah seseorang yang mampu menunjukkan izzah islam hanya melalui perlakuan dirinya sendiri.. bagaimana pula aku?? Mampukah aku membuat orang jatuh cinta kepada Allah hanya dengan tingkah laku aku sendiri?? Layakkah diri ini di gelar muslimah solehah???layakkah??
Muslimah solehah… idaman setiap makhluk muka bumi.. tapi malang seribu kali malang..aku tidak termasuk dalam golongan..
***********
Aku bukanlah ingin menjadi si peminta..dan sama sekali tidak ingin di label sebagai  ’demander ’…Kerana aku benar benar menyedari hakikat diriku yang turut dipenuhi pelbagai kelompangan,, Jadi, tidak mengapa andai dia bukan seperti yang aku perkatakan sebelum ini…tapi cukup sahaja jika dia mampu menunaikan hanya 1 permintaan ku ini…
bahawasanya ketahuilah,tiada apa yang ingin ku pinta darimu kecuali yang ini sahaja…


Wahai pemimpinku..Bolehkah kau membantu aku untuk  menjadi wanita solehah yang dicemburui bidadari di jannah??..  ;’(