Khamis, 17 Mac 2011

MALAM KEINTIMAN DAN PERISTIWA BESAR..




Subhanallah..sebuah malam keintiman diantara seorang hamba dengn Tuhannya.
 peristiwa besar yang berlaku waktu malam selain daripada tahajud

nuzulul Al- Quran ( peristiawa turunnya kitab suci Al - Quran )
Lailatul Qadar   (malam seribu kemuliaan )
Israk Mikraj ( perjalanan  Nabi Muhammad dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa..menembusi Sidratul  Muntaha dan membawa pulang tuntutan untuk solat lima kali sehari semalam )
hijrah dari Mekah ke Madinah

semua peristiwa besar yang mengubah perjalanan hidup manusia ini berlaku pada malam hari, hingga kita perlu yakin malam adalah makhluk ALLAH yang istimewa. Malam bukan hanya kumpulan waktu atau bergeraknya alam..tetapi ketika berlangsungnya malam,diciptakannya waktu sunyi menjadi hidup. Daripada peristiwa2 malam ini juga , alam turut berputar dalam gerakan zikir membesarkan nama2 ALLAH..

  Malam dijadikan bagi menerima estetika yang luhur, Ingat ALLAH bersumpah dengan makhluknya yang bernama malam ini..malah ada nma surah dalam Quran  yang merujuk kepada erti malam iaitu Surah al-Lail, surah ke 92.Dalam ayat pertamanya, ALLAH bersumpah dengan malam yg bergerak menjadi gelap. Begitulah istimewa dan eksotiknya malam ini

* bacaan Al-Quran  dan aktiviti memahami dan merenung kehidupan juga lebih berkesan ( baca surah al- Israk ayat 78 )

Kisah bisikan Rasulullah S.A.W kpda isterinya bagi bersolat tahajud,menunjukkan dgan jelas kebersamaan dan kemesraan suami isteri menemukan estetikanya apabila dilakukan pada malam hari..
Salah satu ciri solat Rasulullah S.A.W adalah solat dengan membaca surah2 yg pnjg , yg mana tdak dpt diikut oleh Aisyah. Isteri termuda Rasulullah S.A.W ini selalu ditemui tertidur semasa baginda sedang solat.Disini kita dapat melihat sifat penyayang Rasulullah S.A.W. Beliau tidak menasihati ataupun  menegur Aisyah kerana tertidur,sebaliknya baginda membiarkan isterinya terus tidur semasa solat.Malah ada pemandangan yg lebih indah lagi iaitu selepas selesai solat semasa Rasulullah S.A.W membaca doa, baginda meletakkan kepala isterinya ke atas kedua belah pahanya.Akhirnya puteri Abu Bakar ini tertidur diatas pangkuan suaminya. Dia hanya terbangun apabila air mata agung menitis perlahan2ke  mukanya..

  Subhanallah..begitulah romantiknya pasangan suami isteri ini. Sekiranya warga Muslim dinegara ini mahu berjaga malam dan mengikut amalan Rasulullah S.A.W  dengan mengamalkan amaln soleh , penceraian dan pertengkaran yang seringkali mengganggu bahtera rumah tangga tentu tidak terjadi.
Bagaimana mungkin seorng suami menjatuhkan talak sedangkan isterinya khusyuk menjadi makmum dibelakangnya..

    Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu? selepas memerhatikan aktiviti yg memberikan maqaman mahmuda,bangun dan hidupkanlah malam kita dengan beramal soleh.Dengan izin ALLAH,kita akan mendapat kedudukan yg mulia.



P : selamat beramal dan memerlukan mujahadah yang kuat untuk berdating dengan ILAHI..untuk diri ana serta sahabat2 ^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan